“Kita Yang Miskin Dia Tak Komen…”, Dituduh Memilih Layan Peminat Di ‘Live’, Que Haidar Mohon Maaf

Sponsored

Baru-baru ini, seorang individu memuat naik sebuah hantaran di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelakon Que Haidar. Menurutnya, pelakon itu memilih dalam melayan komen peminat semasa melakukan siaran langsung atau ‘live’ di platform Tik Tok.

Seperti yang diketahui ramai, Que Haidar antara pelakon yang aktif di Tik Tok dan sering membuat ‘live’ bersama beberapa Tik Tokers lain. Tambah individu tersebut, pelakon itu hanya melayan komen dari mereka yang memberikan ‘coins’ atau hadiah sahaja dan tidak mengendahkan mereka yang miskin sepertinya.

Sponsored

“Tak nak tengok sangat Que Haidar, Tik Tok Live. Dia selek, dia baca komen kawan-kawan yang bagi coins pada dia je, kita yang miskin dia tak komen je. Dia dah ego sebab dia pelakon kan.”

Hantaran yang dimuat naik di Twitter itu telah meraih perhatian Que Haidar yang berkongsikannya semula di Tik Tok. Ujar pelakon itu, sebelum dia mengakhiri sesi ‘live’ kebiasaannya dia akan mendoakan untuk semua dan meminta maaf sekiranya dia ada terkasar bahasa sepanjang sesi tersebut.

Sponsored

“Saya cuba untuk tiada sesiapa yang terasa hati dengan saya, ye saya cuba. Maaf sekali lagi kepada sesiapa yang masih ada terasa hati dengan saya.”

@quehaidar

Asalamualaikum semua, selalunya sebelum sy akhiri live.. sy akan mendoakan utk semua dan sy juga minta maaf jika ada silap sy serta rakan2 pada semua yg menonton. Sy cuba, sy cuba utk tiada sesiapa yg terasa hati dgn sy, ye sy cuba. Maaf sekali lagi pada sesiapa yg masih ada terasa hati dgn sy. Kepada saudara ini yg post tweet tentang terasa hati dgn sy, sy tidak tahu apa niat saudara tapi saudara sentiasa dalam doa sy. Maaf jika sy terlepas pandang comment saudara. Selamat berpuasa, moga semua amal baik saudara diterima Pencipta kita, Amin 🤍

♬ Stories 2 – Danilo Stankovic

Dia juga berusaha sebaik mungkin untuk memastikan tiada sesiapa yang terasa hati dengannya dan meminta maaf kepada mereka yang ada terasa hati dengan tingkah lakunya. Malah Que juga turut memohon maaf kepada individu tersebut gara-gara terlepas pandang komen yang diberikan.

Sponsored

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, netizen turut mempertikaikan tindakan individu itu memuat naik hantaran tersebut. Menurut mereka, Que Haidar bukanlah seorang yang sombong dan sering melayan komen dari para peminatnya walaupun dia sering dihujani dengan komen yang begitu banyak dalam satu masa.

“Dia ok lah tak sombong, pernah je dia baca komen aku dalam live. Beratus-ratus kot orang komen, yang mana sempat dia baca dia respon la.”

“Maybe dia ni kecik hati puas komen dengan harapan bro Que balas. So dia rasa macam tak nak lagi masuk live and komen dah tawar hati bagi dia.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok