Tular satu hantaran video yang dikongsikan di Twitter memaparkan gelagat seorang ahli politik memberikan sumbangan dari rumah ke rumah. Di dalam video yang dimuat naik itu, ahli politik tersebut dilihat menyampaikan sumbangan barang basah berupa seekor ikan kepada penduduk setempat.
Namun apa yang menjadi bualan ramai ialah tindakan ahli politik itu yang memberikan ikan tersebut tanpa diletakkan di dalam plastik mahupun bekas. Turut dapat dilihat, dia membawa sumbangan ikan itu dengan tangan sebelum menyerahkan kepada penduduk di situ.
Dikritik tak beradab
Ramai yang menganggap tindakannya ini kurang beradab dan tidak menghormati penerima bantuan tersebut. Malah ada yang berpendapat cara tersebut kurang bersih kerana ikan yang mentah itu tidak diletakkan di dalam plastik atau bekas terlebih dahulu.
“Plastik memang takde ek nak letak ikan sekor tu? Dah macam nak bagi kucing makan cuma bezanya tak campak je.”
“Jenis macam geli pegang ikan. Takde rasa hormat langsung dengan orang.”
Perkongsian video itu telah menerima lebih sejuta tontonan dan mencetuskan rasa kurang senang netizen yang melihatnya. Sebelum ini juga, ahli politik yang mewakili Adun Chukai, Terengganu ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia memperlekehkan hidangan Menu Rahmah sekaligus membangkitkan kemarahan ramai.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.