Sejak kelmarin perkongsian sekeping foto oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana membuatkan dirinya tular menjadi sorotan di media sosial. Dalam hantaran Puteri Sarah itu memaparkan dirinya mengenakan dress berwarna hitam putih sambil tangannya memegang perut yang kelihatan pula baby bump sekali gus menjadi perbualan ramai pula diruangan komen.
Tidak menulis kapsyen panjang di hantaran foto tersebut, Puteri Sarah hanya mengucapkan ‘morning’ dan ternyata ia membuatkan ramai berteka-teki. Walau bagaimanapun, menerusi OhBulan! pula nampaknya Puteri Sarah tampil menjelaskan foto tersebut.
Foto ‘hamil’ dikongsikan Puteri Sarah
Rupa-rupanya foto ‘hamil’ dikongsikan oleh Puteri Sarah itu hanyalah dia ‘mengandung’ dalam lakonan terbarunya. Difahamkan Puteri Sarah bakal melebarkan sayap ke Indonesia pada tahun hadapan. Tetapi katanya dia tidak menafikan dirinya yang mengalami perubahan berat badan yang semakin bertambah dan hatinya bahagia.
‘Shooting la (Ketawa). Tapi memang muka saya dah tembam macam mengandung. Bila tengok gambar eh kena pula muka dengan perut itu. Saya dah 59kg sekarang. Saya yang nak tembam, hati tengah bahagia.”
Respon Puteri Sarah jadi tumpuan
Namun begitu, menjengah pula ke ruangan komen salah satu reaksi ditinggalkan kepada dirinya di foto tersebut, Puteri Sarah tampil memberikan reaksinya sendiri.
‘Ooo provoke. Tak faham. Kenapa provoke, if isteri pregnant anak suami sendiri dikatakan provoke tu sangat pelik.’