Rupanya ‘kembar’ Shuib selalu diusik rakan, tuan badan tak sangka foto tular

Sponsored

Sebelum ini kecoh selepas satu foto seorang lelaki yang dikongsikan oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu apabila dia begitu tertarik dengan wajah individu berkenaan disebabkan mempunyai iras dengan dirinya. Dia juga memuat naik hal itu diruangan Instagram IG peribadinya sehingga mendapat perhatian ribuan netizen di media sosial.

Mana tidaknya, ramai setuju dengan Shuib Sepahtu apabila lelaki berkenaan cukup iras dengannya sehingga turut dikatakan macam ‘kembar’. Ternyata permintaan Shuib untuk bertemu dengan individu berkenaan sampai ke pengetahuan tuan badan.

Sponsored

‘Kembar’ Shuib akhirnya beri respon

“Memang rakan selalu usik cakap wajah saya seperti Shuib tetapi saya tak ambil serius sangat sebab itu cuma gurauan. Tetapi kali ini tak sangka pula gambar saya akan tular hingga mendapat perhatian ramai termasuk Shuib sendiri.” Ujar tuan badan dikenali sebagai Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim.

Sponsored

Menerusi Harian Metro, lelaki berusia 35 tahun ini yang juga merupakan anggota Malaysian Battalion (MALBATT) 850-9 turut tidak menyangka dia mendapat perhatian ramai termasuklah Shuib. Disebabkan dia dimaklumkan Shuib mencarinya dia telah menghubunginya di Instagram (IG) menggunakan akaun IG isteri kerana dia tidak mempunyai IG. Mereka juga difahamkan bakal bertemu namun mempunyai hal tidak dapat dielakkan tetapi ujarnya lagi kalau diberikan peluang akan mereka bertemu.

Kredit foto: Harian Metro


‘Punyalah cari mana muka macam Shuib’

Sponsored


‘Memang seiras’

Shuib