Drama lakonan antara dua pelakon, Aedy Ashraf dan Nabila Razali ternyata berhasil menjadi perhatian luar biasa penonton malah di media sosial juga, mereka tidak henti-henti tular dan menjadi sorotan ramai.
Apatah lagi kini proses Aedy Ashraf sebagai Aisy Mateen memujuk isterinya, Nabila Aulia yang dilakonkan oleh Nabila Razali. Sememangnya tidak hanya lakonan mereka yang menjadi tumpuan peminat dan penonton drama Kerana Cinta Itu Ada, ini disebabkan keserasian antara dua pelakon dikenali itu membuatkan ramai dapat ‘layan’. Menerusi Instagram Nabila Razali pula, nampaknya lagi muatnaik tentang drama tersebut menjadi bualan.
Nabila Razali yang seolah-olah memuji kecantikan pelakon wanita yang membawa peranan sebagai watak yang sedang cuba mendekati Aisy Mateen dalam drama tersebut membuatkan ramai penonton berseloroh diruangan komen. Mana tidaknya, tulis Nabila Razali di foto yang menyebut bunga Lily turut mencuit hati mereka.
Walau bagaimanapun, selain memuatnaik foto pelakon bernama Hanna Aqeela itu, sempat pula Nabila Razali berkongsikan foto comel Aedy Ashraf di akhir posting yang dikongsikannya ini.
Perkongsian Nabila Razali itu ternyata mencuit hati peminat yang turut ‘geram’ melihat kecomelan pelakon filem Tentang Bulan itu.
‘Lily yang last tu paling cantik’
‘Yang last tu mawar ke?? Lain macam’
‘Tiber last slide, ada makhluk comel kat situ. Yang tu lagi cantik tau Bella’
‘Wei Aisy tu dah kenapa geram pulak menengoknya’