“Sumpah yg ni kelakar”- Editing babak Nabila Razali & Aedy Ashraf dipuji tak pernah mengecewakan

Sponsored

Kini drama lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali berjudul Kerana Cinta Itu Ada berjaya membuatkan nama mereka hangat diperkatakan ramai di media sosial. Sudah ditayangkan beberapa episod, kini Nabila Razali sebagai Nabila Aulia dan Aedy Ashraf membawa watak Aisy Mateen sedang dalam proses berbaik.

Ternyata selepas mencetuskan fenomena dan viral dalam lagu Pematah Hati, gandingan mereka dalam drama Kerana Cinta Itu Ada pula membuatkan ramai peminat memberikan respon baik sehingga tular di media sosial.

Sponsored

Peminat suka keserasian Aedy Ashraf dan Nabila Razali

Walau bagaimanapun, nampaknya bahagian editing drama Kerana Cinta Itu Ada ini pula menjadi bualan warganet dan penonton selepas satu babak yang mengundang lucu melibatkan dua pelakon tersebut.

Sponsored

Sekali gus babak ini membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa mereka yang mana Nabila terkena air yang berbau busuk lalu diusik pula Aisy Mateen namun dalam pada dia menyakat, tidak hanya Nabila malah Aisy Mateen lakonan Aedy Ashraf juga terkena.

“Balasan sebab merajuk lama sangat ke,” tulis Nabila Razali di perkongsian klip video babak tersebut yang akhirnya mengundang peminat dan warganet sekali lagi terhibur dengan lakonan mereka.

Sponsored

‘Sumpah yang ni kelakar, sakit perut aku gelak. Dua dua kena’

‘Nah akhir kena kedua-duanya. Tawa lagi kat orang kan dah dapat’

‘Hahaha lawak part ni hahaha’

Nabila Razali

‘Nampak macam Mawi tengah marah Ila dalam cerita bulan’

Nabila Razali