Lakonan ‘Talam’ Firdaus Ghufran dalam Budak Tebing dipuji ramai, pelakon senior juga kata makin ‘power’

Sponsored

Kejayaan drama bersiri Budak Tebing yang mendapat sambutan baik penonton membuatkan ia ditayangkan sehingga ke musim ketiga. Tidak hanya Budak Tebing dan Budak Tebing 2, Budak Tebing 3 juga nampaknya membuatkan ramai penonton mengikuti setiap episod yang ditayangkan di Slot Lestary TV3.

Walau bagaimanapun, Budak Tebing 3 baru sahaja melabuhkan tirai dengan ternyata mendapat pujian ramai dengan jalan ceritanya apatah lagi lakonan pelakon-pelakon yang terlibat juga bukan calang-calang membuatkan ia berjaya mendapat sambutan sehingga musim ketiga.

Sponsored

Budak Tebing 3 tamat

Terbaharu, pelakon yang memegang watak Talam iaitu Firdaus Ghufran di Instagram peribadinya dilihat mengucapkan terima kasih buat peminat yang memberikan sokongan buat drama Budak Tebing sehingga ke musim ketiga. Dalam drama ini, lakonan Firdaus Ghufran antara yang hangat menjadi perbualan penonton.

Sponsored

Pelakon yang dikenali sedari kecil ini membuatkan penonton berpuas hati dengan lakonannya sebagai Talam dan hantarannya di Instagram berkongsikan beberapa keping foto sepanjang dalam Budak Tebing 3 mengundang peminat dan netizen meninggalkan kata-kata pujian terhadap lakonan Firdaus Ghufran.

Nampaknya menerusi ruangan komen, peminat dan netizen sempat membuat permintaan untuk drama Budak Tebing ini dilanjutkan musim keempat pula. Dalam pada itu, lakonan pelakon ini turut dipuji artis apabila dikatakan makin power dan rata-ratanya juga setuju.

Sponsored

‘Makin power’

Firdaus Ghufran

‘Memang best doo…’

‘Budak Tebing 4 la pulak’

‘Terbaik Talam…’