Diuji Dengan Masalah Jantung, Ramai Terkejut Tengok Keadaan Terkini Nas Ahmad Terjah, “Lain Betul Muka…”

Sponsored

Bagi mereka yang membesar dengan menonton rancangan hiburan Melodi, pastinya anda kenal dengan figura hebat Nas Ahmad Terjah yang mempunyai segmennya yang tersendiri. Segmen ‘Terjah’ di dalam program tersebut yang dilakukan wartawan ini antara yang menjadi tarikan utama rancangan Melodi.

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar mengenai wartawan ini, malam tadi pengacara Fedtri Yahya berkongsikan keadaan terkini Nas Ahmad di Twitter. Menurutnya, wartawan terkenal itu kini diuji dengan masalah jantung dan kini berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sponsored

Pengacara itu turut berkongsikan gambar terkini Nas Ahmad yang kelihatan begitu berbeza dan lain dari sebelumnya. Malah rata-rata netizen turut sama meluahkan rasa terkejut melihat keadaan terkininya ini dan tidak menyangka dia kini dirawat di hospital.

“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung.”

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama mendoakan yang terbaik untuk Nas Ahmad selain mendoakan dia diberikan kesembuhan segera. Perkongsian yang dimuat naik oleh Fedtri Yahya ini juga telah menerima lebih 600,000 tontonan di Twitter sebaik sahaja ianya dikongsikan.

Berdasarkan tinjauan di akaun Instagram milik Nas Ahmad, dia sempat memuat naik gambarnya menggunakan tongkat pada bulan lalu. Perkongsian itu turut dihujani dengan kata-kata semangat dan doa dari orang ramai yang mengharapkan dia kembali sihat seperti dahulu.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter