“Nakal Jep”- Kongsi kisah Kenal Sari Yanti, terkejut rakan2 Jep kata nak ‘sound’ bapa mertua

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak suka mengikuti kisah keluarga selebriti terkenal ini, pelawak Jep Sepahtu dan pelakon, Sari Yanti. Sikap pasangan sama cantik, sama padan ini membuatkan mereka antara keluarga selebriti yang disenangi ramai. Apatah lagi, kedua-duanya juga jarang terpalit kontroversi.

Jep dan Sari Yanti juga jarang berkongsikan kisah peribadi mereka namun sporting memuat naik perkembangan anak-anak. Umum diketahui, Sari Yanti dalam perkahwinan terdahulu memiliki dua cahaya mata lelaki, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq dan berkahwin dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Sponsored

Keluarga bahagia sering jadi tumpuan ramai

Terbaharu nampaknya ramai begitu tertarik mendengarkan bagaimana awal perkenalan Jep Sepahtu dan isterinya itu. Bercerita di konti Sinar, Jep Sepahtu yang ditanyakan oleh rakan-rakan, Rahim, Siti Elizad dan Angah bagaimana perkenalan dia dan pelakon jelita tersebut.

Sponsored

Seperti biasa, apa sahaja yang diungkapkan Jep Sepahtu tentu mengundang tawa buat peminat. Jadi sementara menceritakan bagaimana awal perkenalan dia dan Sari Yanti, sempat pula kata-katanya mengejutkan buat rakan-rakan yang mengundang tawa ramai.

@sinar_my

Jep cerita awal-awal perkenalan dengan Sari Yanti. Terkejut dengar Jep “sound” ayah mentua dia 🤣😂 #xyzbca #fypシ #pagidisinar

♬ original sound – SINAR – SINAR

Sempat membetulkan semula, Jep membuatkan ramai terhibur dengan gelagatnya itu disamping netizen ‘hadir’ diruangan komen menerusi hantaran tersebut dengan meninggalkan pelbagai reaksi terhibur terhadapnya.

Sponsored

‘Dengar pagi tadi, haha berdekah gelak…’

Jep Sepahtu

‘Baguslah Jep ni, cara dia gentle’

‘Huhh penat macam ni’

Jep
Sumbersinar_my