Jejaka dalam video Iman Troye buat peminat lelaki ‘patah hati’

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi popular dengan panggilan Iman Troye ini. Pemilik suara lagu Teman ini antara anak seni muda yang mempunyai ramai peminat tidak jemu mengikuti perkembangan kerjayanya.

Iman Troye bagaimanapun tidak hanya mempunyai paras jelita malah bakatnya yang memilik suara unik dan tersendiri menyebabkan dirinya sentiasa menjadi sorotan dalam dunia hiburan tanah air.

Sponsored

Sentiasa jadi tumpuan

Penyanyi ini terbaharu nampaknya membuatkan peminat lelaki patah hati selepas satu rakaman video pendek dikongsikannya menerusi satu platform mencetuskan kelibat seorang lelaki tidak semena-mena menjadi tumpuan ramai.

Sponsored

Sekali gus dibualkan netizen diruangan komen apabila ramai syak jejaka tersebut didakwa kekasih Iman Troye. “Dah lama tak pakai shawl, rasa awkward.” Tulis Iman Troye yang hanya membicarakan tentang penampilan tudungnya dan menerima ribuan tanda suka selepas beberapa jam dikongsikan.

@imantroye

dah lama tak pakai shawl, rasa awkward ☹️ #fyp #fy

♬ Kecundang by Masdo – Sofea Yaya

Pun begitu, ternyata muat naik Iman Troye tersebut membuatkan ruangan komen dihujani rasa tertanya-tanya peminat tentang siapakah individu terbabit kepada dirinya. Nampaknya dalam pada itu, rata-rata peminat lelaki Iman Troye dilihat patah hati dengan perkongsian Iman Troye terbaharu itu.

Sponsored

“Siapa tu sebelah u baik u terus terang”

“Tak nampak tak nampak”

“Geng jom kita healing ramai-ramai kat tengah pantai bersama dunia tipu tipu”

“Gerak lu laa, tunggu dia single baru aku usha balik”

Sumberimantroye