Dalam kegembiraan menyambut hari Raya, Noor Nabila dan si cilik popular Jebat Jayden juga menjadi sorotan ramai selepas dikongsikan beberapa keping foto mereka berdua sedondon memakai warna sama meraikan hari Raya kali ini.
Noor Nabila juga dilihat mengucapkan selamat hari Raya buat semua. “Selamat hari raya dari kami. Semoga hari raya kali ini memberi seribu rahmat keberkatan kebahagiaan untuk semua aminn.” Ujar kakak kepada Neelofa ini di Instagram.
Foto dikongsikan Noor Nabila bersama anak lelakinya yang tersenyum gembira itu membuatkan dua beranak ini menerima lebih 100,000 tanda suka selepas dikongsikan beberapa hari lalu. Pun begitu, nampaknya Noor Nabila turut menerima pertanyaan tentang suaminya, Engku Emran.
Terdahulu rumah tangga pasangan ini menjadi tanda tanya ramai. Pun begitu, foto-foto dikongsikan Noor Nabila terbaharu bersama anak lelakinya pula menerima pertanyaan tentang Engku Emran.
Dalam pada ditanya tentang Engku Emran, ruangan komen turut dihujani dengan reaksi beberapa individu tampil membidas pertanyaan peribadi Noor Nabila itu.
Kebanyakannya meminta agar pertanyaan tersebut tidak perlu disibukkan untuk mengetahuinya dan memberikan ruang kepada Noor Nabila untuk beraya.
“Tak perlu tanya, hal sendiri up kat diri sendiri je. Selamat hari raya!”
“Jangan la kita sibuk kak. Hahaha”
“Jangan la ditanya soalan-soalan makcik kat sini. Bagi la dia rasa kegembiraan hari raya…”