Sebut sahaja nama Tokti atau Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Bella Astillah ramai yang mengaitkan nama kedua-dua selebriti jelita ini. Ternyata semakin dipandang, Bella Astillah dikatakan begitu seiras dengan penyanyi tersohor itu apatah lagi ketika zaman anak daranya.
Pun begitu selepas acap kali tular apabila ada juga yang tersalah sangka melihat Bella Astillah adalah Tokti nampaknya peminat teruja kerana mereka akhirnya dilihat dalam satu foto.
Sering viral wajah sama
Sempena menyambut Hari Raya pula, Bella Astillah telah berkongsikan beberapa keping foto. Ternyata turut terselit fotonya bersama Tokti. “Thank you so much for having us…” tulisnya yang mengenakan busana serba hijau.
Selain menerima ribuan tanda suka, diruangan komen pula ada yang merasakan seperti Siti bertemu dengan Siti apabila mereka sering dikatakan seperti kembar.
