Leona Sering Dikecam Netizen, Azhar Sulaiman Hairan Anaknya Sering Jadi Mangsa Kalah Selebriti

Sponsored

Pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, Azhar Sulaiman baru-baru ini meluahkan rasa kehairanannya kerana anak gadisnya, Leona sering menjadi tumpuan media dan perhatian ramai.

Baru-baru ini dalam satu temubual, Azhar Sulaiman telah ditanya bertubi-tubi soalan mengenai anaknya itu yang kini berada di luar negara menyambung pelajaran. Menerusi rakaman tersebut, Azhar Sulaiman hairan mengapa anaknya yang juga personaliti media sosial itu sering menjadi tumpuan dan bahan kritikan.

Sponsored

Ini kerana konten yang dihasilkan biasa sahaja, namun Leona dikecam dalam apa juga yang dilakukannya. Malah dia juga meluahkan bila nama anaknya menjadi perhatian, orang bukan lagi memanggilnya Azhar Sulaiman tapi bapa Leona.

Selain dari itu Leona sering dikecam netizen mengalahkan seorang selebriti membuatkan dia bertambah hairan.

Sponsored

Menurut aktor berusia 51 tahun itu, anaknya yang juga seorang personaliti media sosial hanyalah membuatkan konten biasa sahaja.

Namun, Kasih Iris Leona atau mesra disapa Leona sering dikecam oleh netizen mengalahkan kritikan yang diterima oleh seorang selebriti.

Sponsored

Tambah Azhar Sulaiman lagi, bila dia pakai baju sopan, tiada yang kata apa-apa. Tapi bila dia pakai yang terdedah orang akan ambil gambar atau video dan sensasikan di sosial media.

“Leona adalah bahan bercerita untuk netizen..Orang tak nak tengok yang biasa tapi nak yang sensasi” – Azhar Sulaiman.

Mengulas lanjut, Azhar akui yang yang dia tidak risau biarpun anaknya itu berada jauh dari rumah. Ceritanya bila ditanya kini Leona sudah pandai memasak, Azhar akui itu hanyalah konten semata-mata.

“Dia bukan tak cerdik, semua tu hanya konten semata-mata. She can do more than that”, Azhar Sulaiman.

SumbermStar