“Lupa diri…”- Bakal anjur rumah terbuka di Jakarta, Anna Jobling tampil bersuara

Sponsored

Berikutan salah faham dengan kenyataannya di sebuah portal berita menyebabkan pelakon popular dalam drama Melur Untuk Firdaus iaitu Anna Jobling menerima kritikan netizen. Ada yang menganggap dia lupa diri selepas semakin meningkat naik apabila difahamkan akan membuat rumah terbuka di Jakarta berbanding di Malaysia.

Buat rumah terbuka di Jakarta jadi persoalan

Sponsored

Menerusi sebuah portal, Anna Jobling dikatakan terpaksa merahsiakan lokasi kediaman keluarganya kerana bimbang akan diserbu peminat di Melaka dan katanya dia juga akan mengadakan rumah terbuka bersama peminat di Jakarta.

“Aku rasa Anna ni dah semakin lupa diri”

Sponsored

“Dari tukar alamat, baik tukar nama…”

“Tu la dikatakan lupa daratan”

Sponsored

“Anna ramai peminat korang janganlah busuk hati. Dia baik tau, layan peminat-peminat macam kawan-kawan”

Walau bagaimanapun, ada juga yang positif sahaja dengan tindakan Anna Jobling itu memandangkan dia juga mempunyai peminat disana. Menjengah ke Instagram Story Anna Jobling bagaimanapun dilihat menjawab beberapa persoalan tentang hal itu.

Anna Jobling menjawab persoalan

Anna Jobling tampil menjelaskan kehadiran peminat ke rumah keluarganya di kampung halaman disalah tafsir kerana ia dikatakan agak kecil untuk menerima tetamu yang ramai dan bagi mengelakkan ketidakselesaan peminat, dia tidak berkongsikan alamat rumah tersebut.

Dia juga menepis dakwaan tidak mahu peminat menyerbu rumah di kampung halamannya itu kerana tidak ingin melayan peminat beraya.

Bukan bermaksud…

Dalam pada itu, bagi menjawab tentang mengadakan rumah terbuka di Jakarta pula kerana dia sudah mengadakan majlis iftar bersama peminat di Malaysia.

Anna Jobling bagaimanapun di akhir kata mengucapkan selamat hari raya kepada semua dan berharap kenyataannya itu dapat menjelaskan konteks sebenar.