Mahu Bayar RM60,000 Secara Ansuran

Sponsored

Ali Puteh sebelum ini telah mengumumkan bahawa dia akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah, seperti yang ditetapkan oleh mahkamah secara ansuran.

Menurut Ali, proses pembayaran masih dalam perbincangan antara peguamnya dan peguam Hidayah.

Sponsored

Menurut laporan Harian Metro, peguam Ali, Noorazmir Zakaria, mengatakan bahawa dia masih belum menerima arahan daripada Ali dan keluarganya mengenai surat pembayaran secara ansuran.

Noorazmir tidak dapat mengulas tentang surat pembayaran ansuran yang didakwa oleh anak guamnya kerana dia belum menerima sebarang arahan daripada mereka.

Sponsored

“Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa arahan mengenai perkara itu dari pihak Ali dan keluarganya,” katanya.

Noorazmir mengulas tentang kenyataan Hidayah yang tidak bersetuju dengan pembayaran ganti rugi secara ansuran oleh Ali.

Sponsored

Hidayah mendakwa bahawa dia tidak menerima surat berkaitan permohonan bayaran secara ansuran daripada Ali dan peguamnya.

Oleh kerana Hidayah tidak bersetuju dengan pembayaran ansuran yang dicadangkan oleh Ali, maka isu bayaran ansuran tidak lagi timbul.

“Kalau Ali bersetuju untuk bayar secara ansuran pun tapi pihak Hidayah dah cakap tidak setuju. Jadi isu bayaran ansuran bukan lagi isu. Mungkin Hidayah boleh mendapatkan nasihat daripada peguamnya berkenaan perkara ini,” katanya.