“Makin lama aku tak leh beza Hael dgn artis Korea”- Video Hael Husaini tampil kacak ditonton ribuan kali

Sponsored

Sebelum ini, Hael Husaini begitu menjadi perhatian ramai dalam dunia nyanyian tanah air dengan tampil memberikan yang terbaik dalam karya-karyanya kepada peminat muzik tempatan. Sehinggakan dia berjaya memenangi beberapa anugerah besar sebagai anak seni.

Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Hael Husaini begitu mendapat perhatian dalam dunia fesyen apabila dia dilihat muncul dengan gaya tersendiri menerusi beberapa acara jenama besar dan terkenal.

Sponsored

Hael Husaini jadi perhatian lagi

Penampilan Hael Husaini juga kini tidak asing lagi membuatkan dia sentiasa digelar sebagai Oppa kerana dilihat seperti artis Korea dan kekacakan penyanyi dan model terkenal ini membuatkan ramai peminat tak keruan. Apatah lagi gayanya dalam berfesyen juga dilihat sangat berbeza berbanding dahulu.

Sponsored

Penyanyi yang disukai ramai ini bagaimanapun sekali lagi terbaharu menjadi ‘buah mulut’ ramai selepas Hael Husaini memuat naik rakaman video pendek memaparkan dirinya yang penuh gaya di satu acara. Video ini dalam pada masa sama membuatkan peminat semakin tidak dapat membezakan dirinya dengan artis Korea.

Perkongsian video tersebut juga mengundang peminat mengatakan Hael Husaini semakin lama semakin wow dalam berfesyen yang mana dalam rakaman tersebut juga peminat tak keruan melihat kekacakannya sehingga ditinggalkan ribuan tanda suka di hantaran tersebut.

Sponsored

‘Makin lama aku tak leh beza Hael dengan artis Korea’

‘Hensem terukk’

‘Vibe Lee Min Hoo tapi versi Malaysia hehe’

‘Contoh lelaki yang pandai berfesyen’

Hael Husaini
Hael Husaini