Pasti ramai yang sudah cukup familiar dengan satu trend yang berhasil mencetuskan fenomena sebelum ini mengaitkan persembahan oleh penyanyi dari Indonesia, Bonda Hetty Koes Endang. Terbaharu, Bonda Hetty Koes Endang yang juga merupakan salah seorang juri popular rancangan Gegar Vaganza nampaknya menjadi bualan ramai.
Ini disebabkan oleh peserta Famili Duo iaitu Siti Saerah yang juga merupakan adik kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti. Mana tidaknya, penampilan Siti Saerah dikatakan sama persis dengan Bonda Hetty Koes Endang.
Siti Saerah rakam video trend jadi tumpuan ramai
Malah melihatkan pula dia menerusi satu rakaman video dirinya mengikuti satu trend popular dengan menggunakan lagu Bonda Hetty Koes Endang berjudul Berdiri Bulu Romaku menyebabkan Siti Saerah dalam pada masa sama menghiburkan warganet.
Sehinggakan muatnaik klip video pendek ini meraih ribuan tontonan selepas dikongsikan. Walau bagaimanapun, ternyata dalam rakaman ini juga membuatkan netizen terkejut kerana menyangka Siti Saerah adalah Tokti.
Perkongsian TV3MALAYSIA itu ternyata dihujani dengan ratusan komen ramai yang mengira dalam video tersebut adalah Tokti dan dalam pada itu, ada yang merasakan Siti Saerah dengan penampilan tersebut sama seperti Bonda Hetty Koes Endang.
‘Sama rupa Dato Siti Nurhaliza’


‘Sebijik Bunda’


‘Lawak dari Tokti si Saerah ni, terbaik’

‘Jangan sampai Bunda datang Malaysia…’
