“Mana la tak insecure…”- Kongsi foto gembira & sambung bekerja, Puteri Sarah terima komen ramai

Sponsored

Baru-baru ini, Puteri Sarah Liyana terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan disebabkan mengalami kepenatan sebaik sahaja tiba dari Dubai. Puteri Sarah bagaimanapun berharap doa ramai buat dirinya.

Berkongsikan berita dan foto di Instagram peribadinya, ibu kepada dua anak ini juga memohon maaf. “Doakan Sarah yang semua. In Sha Allah bila sihat Sarah akan get back to work. Minta maaf pada yang Sarah cancel photoshoot, ada meet & greet dekat Singapore… sarah kena cancel,” katanya yang memerlukan rehat.

Sponsored

Namun begitu, beberapa jam yang lalu Puteri Sarah membuatkan ramai menghujani ruangan komen dengan reaksi gembira kerana pelakon jelita ini dilihat sudah sihat. Puteri Sarah nampaknya sudah kembali bekerja.

Puteri Sarah juga bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik dan dia kembali bekerja sebagai Umaira dalam drama Andai Itu Takdirnya.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, Puteri Sarah menerima pelbagai reaksi oleh peminat dan pengikut yang gembira melihat aura positif pelakon jelita ini.

‘Syukur Alhamdulillah. Keep strong ye, sis…’

Sponsored

‘Cantik, tinggi, tak katek, putih, pandai cari duit. Jangan main bola gergasi, terlentang terbalik terkontang kanting…’

‘We get up everyday and work bukan tidur bangun mengharapkan duit laki orang. Eh sekarang dah jadi laki sendiri’

‘Cantik, bijak, baik, dapat bawak anak-anak travel the world, Inilah antara wanita-wanita hebat…’