Hanya Perlu Puji Handsome, Influencer Murah Hati Sedekah Duit Pada Orang Ramai, “Seronok Tengok Yang Dapat Tu…”

Sponsored

Bagi pengguna tegar aplikasi Tik Tok, pastinya dapat melihat pelbagai jenis konten yang dilakukan oleh golongan content creator di Malaysia. Walaupun ada yang tampil dengan idea yang mengundang kecaman namun ada juga yang influencer yang mendapat pujian ramai.

Sama seperti perkongsian dari seorang influencer ini apabila dia sering berkongsikan rezeki yang ada dengan memberikan wang secara tunai. Hanya dengan menyebut ‘AA Handsome’ atau follow akaunnya, lelaki itu akan memberikan duit dengan nilai yang telah ditetapkan.

Sponsored
@aasuperscalper

Sape yang puji handsome AA bagi hadiah esok! #fypシ #malaysia

♬ original sound – Min AA – Min AA

Difahamkan, influencer ini sering hadir ke Institut Pengajian Tinggi dan bertemu dengan para pelajar yang berada di sana. Bukan itu sahaja, ada kalanya dia akan melakukan challenge di mana dia akan menggandakan duit yang ada di dalam akaun bank atau dompet pelajar.

Berdasarkan tinjauan di akaun Tik Tok itu, influencer tersebut sering melakukan challenge itu di universiti awam dan membantu para pelajar yang di dalam kesusahan. Antaranya seperti seorang pelajar yang menerima wang berjumlah RM600 selepas berkongsikan jumlah baki di dalam akaun banknya.

Sponsored
@aasuperscalper

Okay harini terakhir dah AA dekat upsi. Nak tak nak AA double kan korang pulak? #fypシ #malaysia

♬ original sound – Min AA – Min AA

Perkongsian dari influencer ini turut menerima reaksi positif dari netizen yang rata-ratanya memuji sikap pemurahnya ini. Malah netizen turut berasa terharu kerana lelaki itu menyalurkan bantuan itu kepada golongan yang memerlukan seperti para pelajar dan mereka yang di dalam kesusahan.

“Sihat selalu orang baik. Semoga dilipat gandakan setiap rezeki yang keluar.”

Sponsored

“Alhamdullilah seronok tengok orang yang dapat tu tapi lebih seronok kalau dapat jadi macam abang AA. Semoga satu hari saya pun dapat jadi macam abang.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok