Kalau sebut nama Uqasha Senrose, tentu ramai yang tidak menafikan lagi dia seorang pelakon wanita yang begitu berbakat. Bukan satu atau dua drama yang menjadi fenomena gara-garanya malah banyak drama yang popular disebabkan dirinya yang berjaya memegang watak diberi.
Malah sebuah drama terbaharu berjudul Akira Khan ini tidak semena-mena semakin menjadi bualan ramai di media sosial selepas teaser drama tersebut mulai dikongsikan. Bergandingan dengan suami, Kamal Adli nampaknya ia bakal meletop lagi.
Perkongsian bambam_studios tersebut turut tular di media sosial yang mana nampaknya ramai tidak sabar untuk menonton drama kelainan yang dipegang oleh Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Apatah lagi Uqasha Senrose yang mana percakapannya juga dalam pada masa sama dibualkan peminat.
Akira Khan bakal ditayangkan di Astro mulai 18 Januari ini dan selepas menonton video teaser tersebut, ternyata ramai yang teruja untuk menyaksikan lakonan Uqasha Senrose apabila dia digelar sebagai Kareena Kapoor dan Preity Zinta dalam drama tersebut.
Menerusi hantaran yang tular ini pula, Uqasha Senrose dihujani pelbagai reaksi positif apabila dia dilihat tidak kekok. Mana tidaknya selain Mira Filzah, Uqasha Senrose juga dikenali ramai sebagai seorang selebriti yang begitu meminati lagu-lagu Bollywood.
‘Tak sabar, lepas tu cara dia cakap tu cantik je tak kekok tak bunyi pelik pun’
‘Uish kene kene kene kene’
‘Wehy sumpah lah!! Tengok vibe pun dah tahu best’
‘Love terokss la dengan Uqasha sesuai betul dengan watak dia’