Seperti yang dikongsikan pasangan personaliti media sosial, Maryam dan Ryzal Ibrahim baru-baru ini mereka telah membawa Rina pulang ke kampung Maryam di Korea. Gelagat keluarga popular ini bagaimanapun begitu mencuit hati ramai dengan kecomelan Rina serta kelucuan pasangan Korea dan Malaysia itu.
Beberapa video Maryam dan Ryzal Ibrahim meluangkan masa bersama cahaya mata sulungnya itu juga membuatkan acap kali memasuki ruangan fyp atau for your page di satu platform popular yang mana gelagat Rina cukup membuatkan ramai tertarik untuk tidak terlepas daripada mengikuti perkembangannya.
Baby Rina di Korea
Ini kerana, meskipun berada di Korea cahaya mata sulung mereka yang dilahirkan pada Oktober tahun lalu ini tidak takut malah lebih suka bermain sendiri. Satu muat naik video Rina di akaun peminat DurianKimchi ini juga mencetuskan tawa ramai dengan kecomelannya.
Rina yang dilihat berada di studio bergambar disamping dua bayi lain tidak menangis seperti mereka malah cukup berani. Kecomelannya yang siap tepuk tangan di studio tersebut menyebabkan Ryzal Ibrahim juga tergelak dengan keberanian Rina yang boleh menyesuaikan diri dalam suasana yang baru ini.
Diruangan komen, ada juga yang berpendapat jika Rina masuk ke rancangan popular Korea berjudul The Return of Superman tentu akan begitu popular.
‘Ikut perangai ibunya…’
‘Pandai Rina’
‘Rina ni jenis kalau takde mak ayah dia…’
‘Ni kalau masuk Return of Superman ni konfem…’