Pelawak, Atu Zero mencuit hati ramai apabila satu rakaman video menyebabkan dirinya juga hangat diperkatakan ramai. Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak Malaysia, Zero yang juga dianggotai oleh abang-abangnya, Syaiful dan Sharif.
Jadi ramai pasti yang cukup kenal dengan perangai Atu dimana dia sememangnya antara pelawak yang sering membuatkan ramai geli hati. Dia juga boleh dikatakan pelawak yang jarang mengecewakan penonton rancangan lawak apabila melihat dia beraksi di atas pentas sehingga namanya juga dikenali ramai.
Atu Zero hiburkan ramai
Seperti mana dalam satu klip video ini pula, Atu Zero mengundang tawa ramai apabila dia sempat ‘buat hal’ di padang ketika bermain bola dengan satu pasukan bola sepak. Atu dengan pantas berlari mendapatkan bola bagaimanapun lain pula jadinya.
Ini kerana dia sempat terjatuh dan bertembung dengan salah seorang pemain lain yang lalunya menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh namun Atu Zero sempat berguling-guling di atas padang yang lalunya menyebabkan ramai tergelak dengan aksinya itu.
Ramai gelak gara-gara Atu Zero
Dalam pada itu, netizen yang turut tertarik menonton gelagat lucu Atu Zero kena tackle itu membuatkan ramai meninggalkan pelbagai reaksi lucu diruangan komen yang mana terdapat juga komen yang menerima reaksi daripada Atu Zero sendiri.
‘Kau punya guling tak boleh bawak bincang’

‘Nasib baik tak terguling naik ke pagar…’

‘Hidup kena berlakon’
