Sebuah drama gandingan pelakon, Aedy Ashraf dan Nabila Razali dalam sebuah karya berjudul Kerana Cinta Itu Ada mencetuskan nama mereka nampaknya semakin menjadi bualan di ‘bibir’ peminat. Mana tidaknya, lakonan dan keserasian Nabila Razali dan Aedy Ashraf mendapat reaksi positif ramai.
Beberapa episod drama yang mula ditayangkan sejak 28 Disember lalu itu juga tular di media sosial apabila jalan cerita sedih dialami oleh watak Nabila Razali sebagai Nabila Aulia dan Aedy Ashraf memegang watak Tengku Aisy Mateen.
Terima komen positif penonton
Umum diketahui, kini Nabila Aulia membawa diri selepas dituduh bermacam-macam perkara oleh suaminya, Aisy Mateen yang dikahwini dalam keadaan terpaksa. Meskipun begitu, Aisy Mateen nampaknya sudah mengetahui hal sebenar menyebabkan dia ingin memujuk isterinya itu.
Walau bagaimanapun, pasti tidak mudah namun Aisy Mateen mencubanya dan tatkala ingin berjumpa Nabila Aulia, dia perlu berhadapan dengan abangnya. Dalam pada itu, berlaku kekecohan apabila Aisy Mateen ditumbuk beberapa kali.
Babak bertumbuk dalam Kerana Cinta Itu Ada jadi bualan
“Eh berapa kali Aisy kena tumbuk ni??,” tanya Nabila Razali menerusi hantarannya itu yang mana ternyata yang lain pula menjadi tanda tanya dan perbualan warganet di ruangan komen yang dikatakan seperti tidak logik babak tersebut kerana selepas dilihat ditumbuk beberapa kali namun masih terlihat baik-baik sahaja.
‘Tumbuk sekali je, tapi edit berkali kali… hahaha’
‘Banyaknya kena tumbuk tapi takde kesan pon’
‘Kalau kena tumbuk macam tu da berdar*h, nampak naw tak logik’
‘Tumbuk ape nya, 7 kali takde lebam-lebam atau dar*h pon’