Pengarah Osman Ali Tak Kenal Siapa Wanita Dalam Video Viral Aliff Aziz, “Saya Pun Tak Pasti Siapa…”

Sponsored

Sebelum ini, tular video memaparkan pelakon Aliff Aziz berada di sebuah kelab malam dan dilihat seperti sedang berhibur. Video yang tular itu kemudiannya menimbulkan pelbagai spekulasi yang mendakwa pelakon itu kembali curang dengan isterinya, Bella Astillah.

Namun dakwaan itu ditepis oleh pelakon Shahidan Izwan yang memberitahu itu hanyalah sesi penggambaran drama sahaja. Difahamkan, mereka pada waktu itu sedang melakukan penggambaran drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali.

Sponsored

Pengarah itu juga turut tampil menjelaskan rakaman itu diambil semasa Aliff Aziz berada di set penggambaran melakukan salah satu babak dalam drama itu. Walau bagaimanapun, Osman Ali memberitahu dia tidak mengenali wanita yang berada bersama Aliff di dalam video itu.

Tak kenal siapa wanita dalam video

Jelasnya lagi, pada waktu tersebut terdapat dua ‘team’ yang membuat penggambaran di mana satu di kelab malam manakala satu lagi di sebuah rumah yang melibatkan pelakon lain. Oleh kerana watak yang dibawa oleh Aliff adalah seorang playboy, maka ramai pelakon wanita yang diperlukan dalam babak itu.

Sponsored

“Memang dua tiga hari ni kami ada penggambaran di kawasan kelab malam sebab watak yang dibawa Aliff ialah seorang playboy yang memerlukan ramai pelakon wanita. Sebab terlampau banyak pelakon tambahan yang ada di set penggambaran, saya pun tak pasti siapa wanita itu.”

Dalam masa yang sama, pengarah itu memberitahu dia tidak mengambil serius dengan video yang tular itu kerana rakaman itu tidak jelas dan diambil secara curi-curi. Namun dia tidak menafikan, wanita tersebut adalah salah seorang pelakon tambahan yang tidak dapat dikesan wajahnya dalam video itu.

Sponsored

Bukan ‘gimik’ promosi drama

Osman Ali turut menafikan penularan video itu adalah strategi untuk mempromosikan drama arahannya itu sebaliknya ia langsung tidak terfikir oleh produksinya. Malah dia mendakwa, video yang tersebar itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya tak guna cara macam tu untuk promosikan drama. Kita tak nak orang cakap benda yang tidak baik tentang kita. Ia bukan benda negatif sebab tengah bekerja dan jalankan tanggungjawab sebagai produksi.”

Tambahnya, dia berharap orang ramai tidak memberikan pandangan negatif terhadap pelakon itu dan drama yang akan bersiaran pada hujung bulan ini. Terdahulu, timbul desas desus pelakon Aliff Aziz kembali curang apabila dia dirakamkan berada di kelab malam bersama seorang wanita tidak dapat dipastikan identitinya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar