Menantu Serang Mertua ‘Puaka’, Lakonan Ummi Nazeera Dipuji Ramai!

Sponsored

Pelakon wanita cukup berbakat besar, Ummi Nazeera ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Lihat sahaja lakonan Ummi Nazeera dalam beberapa buah filem dan drama, semuanya memang menganggu emosi kerana bakatnya itu.

Apatah lagi bila melibatkan air mata, memang boleh teremosilah menyaksikannya. Malah terbaharu lakonan Ummi Nazeera dalam Rindu Kasih sebagai Ina telah berjaya mencuri perhatian ramai sekali lagi.

Sponsored

Dalam drama ini karakter Ina adalah seorang isteri kepada Izzue Islam dan juga anak kepada ibu yang tidak merestui perkahwinan mereka. Disebabkan itu Ina sering dibuli oleh si mertua sampai menebarkan fitnah kepada menantunya itu.

Tidak tahan dengan tindak tanduk tersebut, si menantu serang mertua puaka akhirnya dan babak tersebut telah dimuat naik semula oleh Ummi Nazeera seperti berikut:

Sponsored

Babak lakonan menantu serang mertua puaka ini telah membuatkan ramai tertarik untuk menyaksikan drama berjudul Rindu Kasih ini. Apatah lagi lakonan para pelakonnya cukup menjadi.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan turut berasa geram dengan babak tersebut. Apatah lagi Izzue Islam yang memegang watak Amir hanya berdiri menyaksikan amukan isterinya itu.

Sponsored

“Rasa puas bila Ina buat gini, terasa macam hilang beban yang Ina tanggung sebab mak mertua dok fitnah, suami plak tak pertahankan”

“Ini scene buat orang rabak oii”

“Geram betul tengok mak amir ni tau..First time rasa benci tengok lakonan Fazlina ni”