Nabila Razali Rakam Suara, Peminat Puji Dan Minta Terus Nyanyi Lagu ‘Galau’

Sponsored

Baru sahaja hadir dengan single terbaharu berjudul Aku Terluka, Nabila Razali sekali lagi mencuri tumpuan umum. Terbaharu, Nabila Razali memuat naik satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi di dalam studio rakaman.

Biarpun begitu, lagu yang dinyanyikan oleh Nabila Razali ini didakwa belum pernah release dan penyanyi asal lagu tersebut adalah Janna Nick. Apatah lagi lagu ini turut dinyanyikan semula oleh Khai Bahar.

Sponsored

Difahamkan lagu ini berjudul Mentari Setia dan melodinya adalah balada. Sekali dengar boleh buat tersentuh hati dengan lirik sedih.

Berikut adalah muat naik Nabila Razali rakam suara lagu ‘galau’ yang dikongsikan menerusi akaun TikTok penyanyi ini sendiri baru-baru ini:

Sponsored
@nabila.razalii

Not everybody will understand what you’ve been through. I’m always here for you baby girl. 🥺 @jannanick

♬ original sound – Nabila Razali – Nabila Razali

Wow, merdu dan penuh penghayatan sungguh mendengarkan Nabila Razali rakam suara menyanyikan lagu ini. Macam lagu memang diciptakan untuk Nabila Razali pun ada.

Apa-apa pun nyanyian Nabila Razali ini telah membuatkan ramai memuji suaranya. Malah di ruangan komen ada yang akui suara Nabila Razali sesuai dengan lagu bermelodi sebegini dan memintanya untuk banyakkan buat lagu-lagu sendu.

Sponsored

Berikut antara reaksi rata-rata warganet yang memuji suara nyanyian Nabila Razali yang dikongsikan itu:

“Penuh penghayatan…Sedih pulak..Tapi Allah kan ada”

“Rasanya Nabila kena banyakkan buat lagu sendu2 slow gini sebab ngam dengan suara dia”

“Rasa tenang je Bella nyanyi lagu ni. I feel it. Bila nyanyi lagu sendiri…”