Tiba-Tiba Ada Suara Menjerit Minta Tolong, Tindakan Pantas ‘Influencer’ Telefon Polis Dipuji Netizen

Sponsored

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Twitter apabila seorang influencer berkongsikan detik cemas di mana dia terdengar suara jeritan minta tolong dari seorang wanita.

Di dalam perkongsian tersebut, influencer itu mendedahkan kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi semasa dia dan suami terdengar suara jeritan tersebut. Malah bukan hanya mereka sahaja, beberapa penduduk lain juga turut mendengar jeritan yang sama.

Sponsored

Menurutnya, mereka mendengar suara jeritan minta tolong itu dalam tempoh yang agak lama namun tidak dapat dipastikan dari manakah ia muncul. Suaminya dan beberapa penduduk lain kemudian bertanyakan kepada wanita tersebut tentang nombor unit dan blok yang didudukinya.

Namun wanita itu tidak menjawab pertanyaan mereka ini sebaliknya kedengaran suara seorang lelaki lain yang dipercayai pasangan wanita itu meminta penduduk lain tidak melayan jeritan wanita tersebut.

Sponsored

“Takyah layan perempuan gila tu bang.”

Walau bagaimanapun, masih kedengaran suara wanita itu meminta tolong menyebabkan influencer itu segera menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan. Apabila polis peronda tiba dan bertanyakan mengenai jeritan yang didengari penduduk, wanita itu kemudian menjerit meminta tolong kepada pihak polis.

Sponsored

Difahamkan, wanita tersebut kemudiannya turun dari blok dan dilihat sedang menceritakan sesuatu kepada pihak polis. Tidak lama kemudian, sebuah kereta polis turut tiba di tempat tersebut dan membawa wanita itu ke balai untuk diambil keterangan.

Ramai yang berpendapat kemungkinan besar wanita itu merupakan mangsa keganasan rumah tangga berdasarkan situasi yang dialaminya ini. Perkongsian dari influencer ini turut meraih perhatian ramai dan kebanyakannya memuji tindakan pantas mereka menghubungi pihak polis.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut menasihatkan orang ramai untuk segera menghubungi pihak polis sekiranya melihat kejadian yang sama berlaku di kawasan mereka. Sedikit sebanyak ia dapat membantu mangsa keluar dari masalah mereka dan mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter