Mengaku Dah Tengok Video Tangisan Ayah Dan Baca Komen Mak, Ini Reaksi Syamsul Yusof

Sponsored

Sejak mengumumkan berita pernikahannya bersama Ira Kazar, nama Syamsul Yusof tidak henti-henti disebut di media sosial sehingga kini. Pengarah filem itu juga turut menerima kecaman dan kritikan hebat dari netizen yang menyelar tindakannya berkahwin dua di sempadan Thailand ini.

Baru-baru ini juga, tular video temu bual Datuk Yusof Haslam yang mengalirkan air mata semasa ditanyakan tentang situasi yang menimpa anaknya ini. Malah komen-komen yang ditinggalkan oleh Datin Fatimah selaku ibu Syamsul juga tular di media sosial.

Sponsored

Syamsul mengakui dia sudah pun menonton video tangisan bapanya itu dan membaca komen-komen yang ditulis oleh ibunya mengenai tindakannya itu. Menurut pengarah filem itu, dia langsung tidak berniat ingin membelakangkan kedua ibu bapanya dalam hal ini.

“Saya sudah menonton video tangisan ayah dan saya sudah membaca komen-komen mama menerusi media sosial. Saya tidak berniat untuk membelakangkan ayah dan mama. Saya sedar keputusan saya ini tidak mudah mereka terima.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Syamsul berkata dia akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati kedua ibu bapanya walaupun tahu ianya sukar buat masa sekarang. Namun dia memberitahu tidak akan berhenti mencuba memujuk mereka.

Akan perbaiki hubungan dengan Puteri Sarah

Apabila ditanyakan tentang langkah Syamsul untuk berdamai dengan isteri pertamanya, Syamsul memberitahu dia akan berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. Tetapi dia sedar, isterinya itu masih lagi dalam keadaan yang marah buat masa ini.

Sponsored

“Saya tahu kini dia masih marah. Barangkali seluruh keluarga saya marah dengan saya. Berilah saya masa untuk mendamaikan semuanya satu-persatu. Saya perlu letakkan keutamaan segera. Paling penting ialah anak-anak kerana mereka adalah nyawa saya.”

Terdahulu, Puteri Sarah memberitahu dia tidak rela dimadukan dengan cara begini dan meminta Syamsul untuk melepaskannya. Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan dia sudah mengahwini isteri keduanya, Ira Kazar di sempadan Thailand yang telah berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon senior Kazar.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.