Video live pertama kali, Jep ‘dihujani’ gift- “Mesti banyak memberi ni, rezeki dia dapat mcm2 gift”

Sponsored

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, tentu ramai yang mengenali pelawak ini. Selain boleh menghiburkan penonton dipentas raja lawak, dia juga hebat membuatkan orang ramai terhibur dengan dirinya sebagai penyampai radio.

Boleh dikatakan Jep Sepahtu dimana-mana sahaja sememangnya tak kering gusi peminat apabila mendengarkan lawaknya. Buat yang pernah mengikuti perkembangannya tentu tahu lawak Jep mengenai gift di TikTok.

Sponsored

Walau bagaimanapun, ternyata akhirnya selepas beberapa kali menghiburkan ramai mengenai gift di platform TikTok, dia telah membuat video siaran langsung atau live di platform tersebut. Tentu sahaja ramai peminat yang tidak sabar memberikan dia gift yang sebenarnya.

Jep Sepahtu yang begitu teruja selepas membuat live buat pertama kali ini semakin menghiburkan apabila dia diberikan begitu banyak gift sehingga peminat juga pasti dia juga seorang yang pemurah.

Sponsored

Perkongsian peminat yang sempat merakam video live Jep Sepahtu itu lalu memuat naik klip video tersebut kepada umum selain terhibur, ia juga mengundang ramai meninggalkan pelbagai komen.

‘Orang macam Jep mesti banyak memberi ni, cuma jenis tak heboh dan rezeki dia dapat macam-macam gift dengan izinNya”

Sponsored
Jep

‘Tak senang kawan-kawan nak buat kerja, dia punya excited tu tak leh bawa bincang’

Jep

‘Kalau dah pelawak cakap apa pun nampak lawak’

‘Orang cakap senang buat duit, ingat senang ke nak buat lawak’