“Mesti daddy dia nangis belakang video”- Leona balik UK, Azhar Sulaiman kongsi video tarik perhatian ramai

Sponsored

Kalau sebut tentang pelakon senior ini, tentu ramai yang cukup mengenali Azhar Sulaiman. Walau bagaimanapun selain dia, kini anak perempuannya yang diberi nama Kasih Iris Leona juga antara menjadi perhatian di media sosial.

Satu hantaran terbaharu memaparkan Kasih Iris Leona dan bapanya itu membuatkan kedua-duanya menjadi bualan apabila kasih sayang mereka turut mengundang rasa terharu ramai. Kasih Iris Leona merupakan personaliti media sosial yang sering menjadi sorotan warganet.

Sponsored

Umum diketahui, Kasih Iris Leona telah melanjutkan pengajian di luar negara jadi dia dilihat terbaharu dalam perkongsian Azhar Sulaiman pulang ke United Kingdom.

Anak perempuannya itu dilihat gembira dan sempat bermesra sebelum dihantar oleh ibunya ke United Kingdom manakala Azhar Sulaiman pula tidak dapat menghantar anak perempuannya itu ke sana.

Sponsored

“Balik UK dah Leona… have a safe flight Bambam,” tulis Azhar Sulaiman menerusi hantaran satu klip video pendek tersebut dan dalam pada itu, warganet turut meninggalkan pelbagai komen dapat merasai pasti Azhar Sulaiman juga sedih.

‘Comel je, soft je bercakap. Semoga baik-baik je ye. Jangan duk kecam sangat ye korang…”

Sponsored

‘Daddy dia sengaja tu tak nak hantar, dalam hati sedih tu’

‘Saya pulak yang ternangis sedih, rezeki anak-anak dapat ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab’

Azhar Sulaiman

‘Ayah sedih tu tahan je air mata’

Azhar Sulaiman