Ira Kazar Nafi Ada Buka Akaun Instagram Baru, “Semua Ni Fake Account Dan Bukan Saya Punya…”

Sponsored

Semalam tular di media sosial beberapa hantaran yang dikatakan diambil dari akaun Instagram baru milik isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. Malah timbul pelbagai spekulasi apabila ada yang mendakwa Ira Kazar membuat akaun Instagram yang baru selepas berkahwin dengan pengarah filem itu.

Tidak cukup dengan itu, akaun tersebut juga turut memuat naik hantaran yang meminta para ‘haters’ untuk tidak mengganggunya kerana dia kini sudah bahagia dengan perkahwinannya. Kapsyen yang ditulis pada biodata akaun itu juga seolah-olah ditujukan kepada orang ramai yang membencinya kerana telah berkahwin dengan Syamsul.

Sponsored

“Haters jangan kacau life orang…”

Akaun palsu

Terbaru, Ira Kazar tampil menjelaskan akaun Instagram yang disebut-sebut netizen itu adalah akaun palsu yang menyamar sebagainya. Tambahnya, dia hanya mempunyai satu sahaja akaun Instagram dan tidak ada membuat akaun baru seperti yang dikatakan ramai.

Sponsored

“Semua ni fake account dan bukan saya punya. @irakaza adalah satu-satunya akaun yang saya gunakan sekarang. Terima kasih.”

Malah dia turut berkongsikan hantaran di Instagram Story menunjukkan senarai nama akaun-akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya. Difahamkan, akaun sebenar Ira Kazar sebelum ini dinyahaktifkan buat sementara waktu gara-gara kecaman hebat yang diberikan oleh netizen namun dia kini kembali aktif semula di media sosial.

Sponsored

Sebelum ini, Syamsul Yusof memuat naik hantaran di Instagram meminta kedua-dua isterinya untuk bawa bersabar dan bertenang. Susulan perkongsian terbaru suaminya ini, Puteri Sarah telah meminta lelaki itu untuk melepaskannya dan memaklumkan tidak rela dirinya dimadukan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram