Dalam menjelangnya sambutan Hari Raya tentu ramai pengeluar baju raya tidak kiralah untuk perempuan atau lelaki semuanya sama naik dengan design begitu menarik perhatian. Namun begitu siapa menyangka anak lelaki kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida atau turut dikenali dengan panggilan DSV iaitu Kacak turut mengeluarkan baju Melayu keluarannya sendiri.
Umum diketahui, Cik B anak perempuan DSV sering mendapat perhatian menceburi bidang nyanyian, lakonan dan dunia lawak tanah air berbanding adiknya, Kacak. Namun begitu, Cik B juga mempunyai perniagaannya sendiri dan ternyata pada kali ini Kacak pula menerima pujian ramai kerana dikatakan matang berbanding usia.
Dalam usia Kacak, dia sudah melibatkan dirinya dalam dunia perniagaan tersendiri yang membuatkan netizen kagumi dengan sifat yang lebih dewasa ditonjolkan.
Perkongsian terbaharu Kacak dalam berkongsikan perkembangan perniagaannya ini pula dia berterima kasih kerana sokongan ramai diberikan kepada dirinya. “Terima kasih kawan-kawan support baju Melayu Kacak. Walaupun ini first year Kacak mula business. Tapi kawan-kawan percaya Kacak. Terima kasih banyak kawan-kawan yang dah order. Terima kasih buat Kacak happy dan bersemangat nak berbusiness.”
Anak yang macam dah matang cari pendapatan sendiri. Semoga berjaya Kacak
Pandai Kacak pilih warna warna soft, waris DSV hebat-hebat
Tahniah Kacak. Moga terus maju jaya, jadi contoh pada anak muda yang lain
La anak Dato Vida ke, no wonder laa