Netizen Terpegun Tengok Koleksi Kereta Mewah Suami Nynaa Harizal, “Dia Buat Macam Koleksi Hotwheels Je…”

Sponsored

Pelakon Nynaa Harizal menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila dia memuat naik video memaparkan suaminya bersama anak perempuan mereka yang baru berusia dua bulan. Di dalam video tersebut, Nynaa dan suaminya membawa anak mereka bersiar-siar di sekitar kediaman mewah keluarga mereka.

Menerusi kapsyen di ruangan video, mereka keluar berjalan-jalan pada waktu pagi untuk mengambil angin di kawasan kediaman rumah. Namun apa yang menjadi perhatian ramai ialah deretan kereta berjenama yang berada di perkarangan rumah mewah tersebut.

Sponsored
@nynaaharizal_

My heart is full with these 2 ❤️ Morning walk session on weekends! #fyp #weekends

♬ cupid – bae

Turut dapat dilihat, deretan koleksi kereta mewah berjenama antarabangsa yang tersusun di laman rumah berkenaan. Rata-rata netizen turut terpegun melihat kemewahan yang dimiliki oleh suami kepada pelakon wanita itu tambahan pula koleksi kereta mewah itu tidak terkira jumlahnya.

Malah ada yang berseloroh menyangkakan pasangan itu bersiar-siar di pameran kereta mewah pada awalnya melihatkan deretan kereta tersebut. Netizen juga turut berasa kagum melihat keluasan kediaman mewah itu yang mampu memuatkan begitu banyak jumlah kereta di laman rumah.

Sponsored

“Dia buat macam koleksi hotwheels je.”

“Macam pergi jalan-jalan showroom…”

Sponsored

“So wujud ye orang kaya seperti dalam novel.”

Nynaa Harizal dan suaminya, Fahmi mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dan selamat menerima kedatangan cahaya mata sulung pada Januari lalu. Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian apabila Fahmi mendakwa isterinya telah dilarikan oleh bapa mentuanya di set penggambaran.

Fahmi kemudian membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya. Manakala Nynaa memfailkan permohonan cerai pada 10 November 2021 namun pasangan ini mencapai persetujuan untuk kembali bersama semula tidak lama kemudian.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok