“Tak sebut tu yg xjadi”- Wanita Korea cuba resepi Khairul Aming, netizen kata patutlah menjadi

Sponsored

Apabila menjelang bulan Ramadan, chef personaliti media sosial iaitu Khairul Aming antara yang tidak henti-henti menjadi perbualan dan perhatian. Pengaruhnya di media sosial bukan calang-calang disebabkan dia berkongsikan menu sedap namun ringkas boleh dilakukan sesiapa sahaja.

Daripada jenis lauk berbuka, air menarik sebagai menu dan pelbagai lagi yang menyebabkan orang ramai telah mencubanya. Meskipun begitu, ada juga yang berjaya dan begitu sebaliknya namun seorang wanita Korea yang cuba salah satu resepi Khairul Aming membuatkan orang ramai tertarik.

Sponsored

Seorang individu dengan nama akaun Tara membuatkan warganet Malaysia menyerbu video yang dikongsikannya yang mana setakat ini lebih 3 juta tontonan melihat gelagat comelnya mencuba satu persatu membuat resepi Khairul Aming untuk berbuka.

Wanita dari Korea ini turut berkongsikan dirinya berpuasa dan bangun bersahur serta selepas itu dia mencari barang untuk membuat resepi Khairul Aming dan menunjukkan perjalanan dia membeli barang sehinggalah masakannya menjadi.

Sponsored

Dalam pada itu, ada juga netizen berseloroh jika ada yang mencuba resepi Khairul Aming tapi tidak menjadi mungkin tidak menyebut tagline popularnya ‘hey wassap guys’ yang mana wanita Korea itu juga sempat menyebutnya.

Ni baru betul, dia kena ada ‘hey wassap guys’ baru jadi resepi Khairul Aming

Sponsored

Wow hebat la Khairul Aming sampai orang Korea try resepi dia

Pandai masak pandai cakap Melayu terbaik la

Wah magic hands, korang kena pakai sudu macam Khairul Aming juga