“Muka mcm baru belasan tahun”- Atikah Suhaime beri nama menu diet ‘Singgang Matsalleh’

Sponsored

Tentu anda pernah terfikir bagaimana seorang selebriti mengekalkan berat badan mereka. Pelakon, Atikah Suhaime ternyata membuatkan ramai peminat tidak terlepas daripada mengikuti rutin diet yang dilakukannya. Difahamkan sudah tiga bulan diamalkan oleh Atikah Suhaime sendiri tentang tips diet yang turut dikongsikan buat tatapan umum ini.

Atikah Suhaime yang mempunyai cara tersendiri dalam rutin diet membuatkan content dalam video dikongsikannya sering dinanti-nantikan oleh peminat dan warganet. Ternyata pelakon ini turut sporting dan tidak merahsiakan bagaimana dia mengekalkan dan menurunkan berat badan.

Sponsored

Menu diet sekali lagi jadi tumpuan

Pelakon berusia 31 tahun ini berkata bahawa dia juga melakukan senaman namun dia lebih mengamalkan pemakanan yang sihat. Meskipun menu dietnya lebih menggunakan sayur namun tetap kenyang. Malah ada netizen yang mengikuti menu dietnya juga akui dapat menurunkan berat badan.

Sponsored

Terbaharu, video Atikah Suhaime mencuri tumpuan warganet lagi dengan menu terbaharu yang diberi nama, ‘Singgang Matsalleh’ sehingga klip video yang turut disertakan cara penyediaannya itu menerima ribuan tanda suka ramai.

@atikahsuhaimeeee

Recipe diet baru “Singgang Matsalleh”. Selamat mencuba 😅❤️ #fypシ゚viral #tiktokmalaysia🇲🇾 #singaporetrending

♬ original sound – TikaMe – TikaMe

Ramai ikut menu Atikah Suhaime

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, ramai akui mengikuti menu disediakan oleh pelakon jelita ini dan terbukti mengenyangkan mereka. Atikah Suhaime bagaimanapun menerima pujian ramai di hantaran video terbaharunya itu.

Saya dah try resepi Atikah…’

Atikah Suhaime

‘Suka resepi tu’

‘Tak boleh fokus resepi nak tengok Atikah je cantik!!’

Memang kenyang’