Nabil Ahmad Kesal Tunjuk Jari Telunjuk Sebagai Tanda ‘Allah Yang Satu’ Jadi Petanda Lelaki Curang

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini isu rumahtangga selebriti semakin rancak dikongsikan di media sosial. Ramai pula yang berkongsikan mengenai pergolakan rumahtangga mereka tanpa segan silu. Pihak ini dedah kesilapan pasangannya, yang pasangan pula dedahkan cerita ‘dalam kain’ masing-masing.

Namun begitu, baru-baru ini seorang pelakon dan pengacara popular, Nabil Ahmad meluahkan rasa kesal apabila tanda menunjukkan jadi satu disamakan dengan lelaki curang kepada pasangannya.

Sponsored

Selebriti tunjuk jari telunjuk disamakan dengan orang curang

Sebelum ini, beberapa foto yang memaparkan selebriti dengan menunjukkan jari telunjuk ke atas sebagai tanda Allah Yang Satu telah dikongsikan ramai. Malah ada segelintir yang menyalah tafsir perbuatan tersebut dengan mengaitkan lelaki curang atau berniat memiliki isteri lebih dari satu.

Selain dari itu tanda menunjukkan jari telunjuk ke atas ini sering dilakukan oleh Nabil Ahmad dan ada juga beberapa selebriti lain seperti Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

Sponsored

Nabil Ahmad kesal

Memetik laporan Gempak, Nabil Ahmad kesal tanda Allah Yang Satu ini dijadikan bahan diperlekehkan dan dipersendakan segelintir individu. Menurut Nabil, jangan libatkan perbuatan tersebut kerana yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

“Bagi saya tanda itu (Allah Yang Satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan itu, yang bermasalah adalah individu itu sendiri.”

Sponsored

“Jangan disebabkan atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (La Ilaha Illahhah) terus dianggap ini tanda-tanda lelaki yang akan curang dan pukul isteri”, luah Nabil Ahmad.

Sama seperti tanda di dalam solat

Tambah Nabil Ahmad lagi, tanda itu sama seperti yang dilakukan semasa kita solat dalam tahiyat awal dan akhir.

“Memperlekehkan tanda itu bagi saya tidak patut. anda itu juga sama seperti kita buat tahiyat awal dan akhir kan. Takut lari akidah sebab perlekehkan benda-benda macam ini.”

“Kalau tak tahu jangan nak perlekeh, dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Agama ajar yang baik, betul, terang dan jelas.”, kata Nabil lagi.

SumberGempak