Tidak Lagi Pakai Pendakap Gigi, Shuhada Dedah Terpaksa Buka Selepas Cedera Ditumbuk

Sponsored

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada sebelum ini pernah memuat naik gambarnya yang telah memakai pendakap gigi selepas tular mengenai kemelut rumah tangganya. Malah perkongsian gambar itu juga turut menerima komen dari Hafidz yang menegur penampilan wanita itu memakai pendakap gigi.

Namun kini, wanita itu dilihat tidak lagi mengenakan pendakap gigi sekaligus membuatkan ada yang tertanya-tanya mengenainya. Seorang individu turut bertanyakan kepada Shuhada mengapa dia kini tidak lagi memakai pendakap gigi sedangkan dia baru sahaja memakainya baru-baru ini.

Sponsored

Terpaksa dibuka sebab kecederaan

Rupa-rupanya, Shuhada memberitahu dia terpaksa membuka pendakap giginya itu selepas insiden dia ditumbuk oleh bekas suaminya. Jelasnya lagi, kecederaan yang dialami pada bahagian muka itu dirujuk kepada bahagian bedah mulut dan maksilofasial.

“Atas sebab tertentu kena bukak braces, my injury refers to bahagian bedah mulut dan maksilofasial.”

Sponsored

Difahamkan, kecederaan yang dimaksudkan itu merujuk kepada kawasan mulut dan rahang iaitu merangkumi bahagian kawasan bertulang atau struktur daging (isi muka). Terdahulu, Shuhada mendakwa telah ditumbuk oleh bekas suaminya sebanyak tiga kali selepas berlakunya pertengkaran di antara mereka.

Dia turut memuat naik gambar wajahnya yang berdarah dan pipi terkoyak selepas insiden yang berlaku itu di Instagram Story. Susulan kejadian ini, Hafidz tidak dibenarkan menghampiri atau mengganggu Shuhada manakala sebutan semula kes cerai mereka ditetapkan akan berlangsung pada 9 Mei depan.

Sponsored

Sekadar info, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Kemelut rumah tangga mereka mula menjadi perhatian apabila pelakon itu dikatakan curang dengan wanita lain.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram