Nabil Jadi MechaBot Muncul Di TV, Netizen Kagum Menontonnya!

Sponsored

Satu lagi siri animasi hasil produk tempatan bakal bertemu penonton di pawagam. Judul Mechamato bukanlah asing dari peminat siri animasi tempatan. Filem Mechamato bakal bertemu penonton pada 8 Disember ini di pawagam terdekat.

Merupakan prekuel dari siri judul sama, Mechamato ini menceritakan mengenai kisah bapa kepada Boboiboy. Sudah pastinya jalan cerita dan grafik akan lebih padu dari siri lain di bawah syarikat Monsta.

Sponsored

Terbaharu, menerusi rancangan bual bicara berjudul MeleTop, dua karakter utama dari Mechamato muncul di studio rakaman. Nama pun animasi, sudah tentu yang hadir adalah karakter MechaBot dan Amato.

Meskipun begitu, ketika segmen promosi filem tersebut pengacara rancangan ini iaitu Nabil jadi MechaBot telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah rakaman segmen tersebut yang dimuat naik semula menerusi akaun TikTok Boboiboy ini:

Sponsored
@boboiboy

Bila MechaBot jumpa tuan baru sementara—- @MeleTOP @Nabilahmad #MechamatoMovie kini di pawagam!

♬ original sound – MONSTA – MONSTA

Memang riuh nampaknya bila Nabil jadi MechaBot ini! Sampai rakan pengacara, Hawa Rizwana tak keruan melihat gelagat Nabil tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang terhibur dengan rakaman segmen dalam MeleTop ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“So real Mecha nabil hehe..Memang terbaik animasi sekarang..Tak sabar tengok movie pulak”

“Boleh tahu siapa editor scene neh. gempak gila”

“Hawa dah cuak hah risau stage meletup”

“Patut lah bapak Boboiboy hilang rupanya misi dia ambil balik mechabot yang kena curi Nabil”