Kebiasaannya selepas menyewa atau menginap di mana-mana tempat penginapan, pelanggan akan meninggalkan ‘review’ sama ada mereka berpuas hati atau tidak dengan tempat tersebut. ‘Review’ yang diberikan ini juga akan membantu tempat penginapan tersebut untuk memperbaiki servis mereka pada masa hadapan.
Namun baru-baru ini, seorang pelanggan Airbnb telah diugut saman sehingga RM5,000 gara-gara telah meninggalkan ‘review’ jujur mengenai tempat penginapannya. Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, wanita itu berkongsikan pengalamannya menginap di sebuah Airbnb.
Menurutnya, keadaan penginapan yang diiklankan tidak sama dengan apa yang diterimanya malah tempat penginapan itu seperti rumah sewa kotor yang ditinggalkan. Malah terdapat sisa makanan dalam peti ais, berus gigi yang sudah digunakan, siling pecah dan macam-macam lagi.
“First time stay homestay kalau bagi bad review kena saman…”
Tak sama macam dalam iklan
Keadaan Airbnb itu juga jauh berbeza dari iklan tempat penginapan berkonsepkan mewah seperti yang diiklankan pemiliknya. Bukan itu sahaja, rumah itu juga hanya mempunyai dua buah bilik sahaja dan bukannya tiga bilik seperti mana yang dimaklumkan dalam iklan tersebut.
Tambahnya lagi, dia juga terpaksa membayar ‘extra’ RM29 untuk satu kepala walaupun telah membayar kos penginapan sebanyak RM400. Mereka juga perlu membayar RM20 untuk setiap kereta selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam ‘gate’ perumahan itu untuk meletakkan kenderaan.
Diugut saman sehingga RM5,000
Wanita itu memberitahu dia kemudiannya memberikan ‘review’ jujur mengenai tempat penginapan tersebut berdasarkan pengalamannya itu. Namun hal itu telah mendapat perhatian dari pemilik rumah yang memintanya menurunkan ‘review’ tersebut.
Malah pemilik rumah itu juga mengugut akan memberikan notis saman sehingga RM5,000 sekiranya wanita itu enggan memadam ‘review’ itu. Difahamkan, wanita itu telah membuat aduan kepada pihak Airbnb susulan isu tersebut di mana host terbabit telah memadamkan akaun penginapan itu dan membuka akaun yang baru.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.