Ambil Macam-Macam Pil Kecantikan, ‘Influencer’ Ini Buat Ramai Risau, “Tak Bahaya Ke Untuk Buah Pinggang…”

Sponsored

Untuk menjaga kecantikan bukan lah satu perkara yang mudah dan ia juga boleh menelan belanja yang besar. Baru-baru ini, seorang ‘influencer’ menjadi bualan ramai selepas dia berkongsikan rutin hariannya mengambil pil kecantikan atau supplement untuk kecantikan diri.

Menerusi video yang dimuat naiknya ini, wanita itu menunjukkan beberapa pil kecantikan yang diambilnya bagi menjaga penampilan diri. Antaranya pil untuk penghidratan kulit, vitamin C, sunblock dan macam-macam lagi.

Sponsored

Apa yang menjadi bualan ramai ialah ‘influencer’ itu mengambil begitu banyak pil kecantikan atau supplement sekaligus mencetuskan kerisauan ramai. Pada penghujung video, dapat dilihat wanita itu menelan kesemua pil yang berada dalam tangannya dengan begitu mudah sekali.

Perkongsian video itu turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di mana kebanyakannya berasa risau melihat jumlah pil yang diambilnya ini. Malah netizen turut tertanya-tanya sama ada jumlah tersebut selamat untuk diambil tanpa merosakkan buah pinggangnya.

Sponsored

“Tak bahaya ke untuk buah pinggang.”

“Banyak sangat supplement tu, sakit buah pinggang nanti.”

Sponsored

“Weh tak sayang kidney ke, bukan ke prof ajar student don’t ever take any supplement.”

Meninjau di ruangan komen, netizen turut menasihati ‘influencer’ itu untuk mengurangkan pengambilan supplement yang terlalu berlebihan seperti ini. Memandangkan ia boleh memudaratkan buah pinggang dengan jumlah pil yang terlalu banyak diambilnya.

Netizen turut mempersoalkan sama ada pengambilan supplement itu berkesan atau hanya akan memudaratkan diri pada masa hadapan. Dalam masa yang sama, netizen meminta orang ramai mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplement kecantikan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok