Nabila Razali Cuba Siang Ikan Keli, Tapi Netizen Tanya Kenapa Dibelai Macam Kucing Pula?

Sponsored

Nama pelakon dan penyanyi dikenali dengan nama Bella Razali ini bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Bakat lakonan dan nyanyiannya sering menjadi bualan hangat warganet. Malah selebriti ini juga punya tarikan tersendiri menjadikan dia antara pelakon wanita hangat kini.

Terbaharu Nabila Razali berlakon dalam sebuah drama berjudul Kerana Cinta Itu Ada yang ditayangkan di TV3 bersama Aedy Ashraf. Sudah tentunya drama ini menjadi perhatian ramai kerana jalan cerita dan para pelakonnya.

Sponsored

Biarpun begitu, baru-baru ini satu video dengan paparan Nabila Razali cuba siang ikan keli ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut dilihat Nabila Razali dalam set pengambaran dan turut kelihatan Aedy Ashraf.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah Nabila Razali hanya membelai-belai ikan keli yang masih hidup itu. Berikut adalah perkongsian rakaman ini yang telah mencuri perhatian ramai:

Sponsored

Di ruangan kapsyen Instagram Nabila Razali menulis seperti berikut:

“Haihhh Aisy ni nak makan Ikan Keli Masak Lomak Cili Api pulakkk 😫😫😫 Korang tolong bgtau camana cara paling senang nak matikan ikan keli niii 😭😭😭 Helppppp!!”

Sponsored

Mungkin kerana tidak tahu bagaimana cara siang ikan keli ini membuatkan Nabila Razali hanya membelainya dan bertanyakan bagaimana caranya.

Malah sempat juga Aedy Ashraf mengusik Nabila membuatkan netizen akui terhibur. Di ruangan komen perkongsian video dengan paparan Nabila Razali cuba siang ikan ini rata-rata netizen bertanyakan mengapa pelakon tersebut membelai keli berkenaan.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Awat la diuspa2 ikan tu cam kucen..Adoii”

“Why u belai ikan tu macam belai kucing”

“Takpa kita makan dekat luar, ikan ni kita bela je, nanti saya beli akuarium’. Haahaha Aisy! Bella mesti tahan ketawa part tu”

“Awakkk tu bukan kucing, nak usap2 macam tu pastu dia lentok manjahhhh..Hahahah adoiii”