Ditanya Pendapat Fazura Sering Dikaitkan Dengan Selebriti Lain, “Saya Tak Boleh Halang Mereka”

Sponsored

Pelakon jelita dan terkenal Fazura ini sememangnya memiliki auranya yang tersendiri. Isteri kepada Fattah Amin ini juga kini sedang sibuk dengan perniagaan diusahakannya.

Selain memiliki rupa para jelita, Fazura juga memiliki personaliti merendah diri menjadikan selebriti ini mudah disenangi peminat dan orang ramai. Terbaharu satu video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Remaja yang memaparkan Fazura telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Dalam rakaman tersebut Fazura ditanya mengenai dirinya yang selalu sangat dikaitkan dengan seorang selebriti ini. Jawapan yang diberikan Fazura sering dikaitkan dengan selebriti lain ini memang win habis!

Berikut adalah perkongsian rakaman Fazura sering dikaitkan dengan selebriti lain yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Remaja ini:

Sponsored
@remaja.my

@Fazura memilih untuk untuk berpandang ke arah positif sahaja tanpa terlalu memikirkan lemparan spekulasi liar terutamanya di media sosial. #LotsofLove betul! #majalahremaja #remajanews #fazura #missfazura #tudungfazura #lotsoflove #fyp #fypシ #fypage #artismalaysia #selebritimalaysia

♬ original sound – Remaja – Remaja

Menerusi perkongsian tersebut, Fazura ditanya apakah pesanan kepada netizen yang suka membandingkan dirinya dengan selebriti lain. Biarpun tiada sebarang nama selebriti berkenaan disebut dalam temubual ini, namun jawapan Fazura adalah seperti berikut:

“Pesanan tu tak de. Cuma Alhamdulillah saya hanya beri tumpuan kepada diri sendiri dan keluarga sahaja. Matlamat saya ada untuk memperbaiki diri supaya jadi lebih baik di masa akan datang.”

Sponsored

Tambahnya lagi dia tidak boleh menghalang netizen untuk berbuat demikian. Namun baginya yang paling utama adalah dia mahu fokus untuk ke hadapan dan jalan terus tanpa menoleh ke belakang.

“Nak kaitkan nama saya tu saya tak boleh nak halang mereka. Paling utama adalah untuk saya fokus ke hadapan dan jalan terus tanpa menoleh ke belakang. Saya mahu fokus kepada perkara positif dan mengabaikan hal-hal negatif,” kata Fazura mengenai isu berkenaan.