Netizen Kesian Amelia Henderson Main Badminton Dengan Syed Saddiq, “Bagi La Awek Tu Smash Pulak”

Sponsored

Pernah satu ketika dahulu, Presiden sebuah parti politik dikenali sebagai Syed Saddiq ini menjadi bahan warganet selepas tular satu video yang memaparkan Yang Berhormat ini kekok dan seolah-olah tidak pandai bermain badminton.

Namun begitu baru-baru ini Syed Saddiq memuat naik perkongsian rakaman dirinya main badminton dengan pelakon dan pengacara popular, Amelia Henderson telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, gelagat Syed Saddiq yang nampak macam hebat bermain itu membuatkan netizen kesian Amelia Henderson main badminton dengannya.

Sponsored

Berikut adalah perkongsian foto dan rakaman dengan gelagat Syed Saddiq dan Amelia Henderson bermain badminton bersama yang dimuat naik menerusi akaun Instagram ini:

Gaya Syed Saddiq macam pemain profesional! Namun begitu, gaya permainannya yang tidak beri peluang pada selebriti jelita berkenaan membuatkan netizen kesian Amelia Henderson.

Sponsored

“Syed Saddiq vs Ameliath. Who won? Dua dua memang super competitive. Nak menang supaya boleh dijadikan bahan membahan sampai sesi seterusnya”, tulis Syed Saddiq menerusi ruangan kapsyen perkongsian tersebut.

Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut seperti berikut:

Sponsored

“Bagi la Amelia tu pukul pulak. Dah semua dia nak amik macam main single”

“Baik tak yah men beregu. Sian member terketib2 nak pukul bola”

“YB tak bagi can kat Amelia langsung”

“Bagi la awek tu smash plak. Pas dia dia. Tahu la dah training”