“Nabila Razali tengok Aisy…”- Aedy Ashraf kongsi foto badan ‘sado’ di Instagram

Sponsored

Sebut sahaja nama pelakon Aedy Ashraf tentu ramai yang masih ingat dengan dirinya yang terlibat dalam filem Tentang Bulan membawa watak Mawi. Kejayaannya sebagai pelakon kanak-kanak tidak berhenti di situ apabila dia kini menjadi antara pelakon lelaki yang sering menjadi sorotan ramai di media sosial.

Sejak membintangi watak sebagai Aisy Mateen dalam drama gandingan Aedy Ashraf bersama Nabila Razali berjudul Kerana Cinta Itu Ada menyebabkan mereka hangat diperkatakan peminat. Malah dalam satu muat naik Aedy Ashraf ini juga menyebabkan nama Nabila Razali yang membawa watak Nabila Aulia dalam drama itu juga disebut ramai diruangan komen.

Sponsored

“I need a painkiller.” Tulis Aedy Ashraf ringkas dan memuat naik beberapa keping foto di perkongsian tersebut. Seperti biasa juga, pelakon kacak yang kini berusia 30 tahun ini mendapat perhatian ramai peminat. Walau bagaimanapun, dalam pada Aedy Ashraf berkongsikan foto yang memaparkan foto OOTD dirinya, dia turut menyelitkan sekeping foto.

Foto ini nampaknya mengundang semakin hangat diruangan komen ditinggalkan pelbagai reaksi oleh peminat dan pengikut Aedy Ashraf di Instagram. Ini kerana, Aedy Ashraf berkongsikan foto yang menunjukkan badan sado.

Sponsored
Aedy Ashraf

Perkongsian foto tersebut membuatkan peminat juga tidak keruan namun dalam pada itu, wataknya sebagai Aisy Mateen juga menjadi perbualan diruangan komen yang sekali lagi membuktikan lakonannya berjaya meninggalkan kesan kepada penonton selepas membintangi drama Kisah Cinta Kita sebelum ini.

‘Power bro’

Sponsored

‘He is back’

‘Bella tengok ni’

Aedy Ashraf

‘Bella Aisy nak painkiller’

Aedy Ashraf
Aedy Ashraf