“Kita Orang Biasa Je”, Sikap Jebat Jayden ‘Humble’ Dipuji Ramai!

Sponsored

Seringkali mencuri perhatian ramai, si cilik anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila sekali lagi membuatkan ramai terhibur. Si cilik ini dikenali dengan nama Jebat Jayden cukup pintar dan keletahnya sering menghiburkan ramai.

Terbaharu sekali lagi Jebat Jayden meraih perhatian ramai dengan keletahnya. Menerusi satu video yang dimuat naik dan dikongsikan ini, kelihatan Jebat Jayden sedang berbual dengan ibunya.

Sponsored

Menerusi rakaman itu Jebat Jayden dilihat memakai beg sandang dan kedengaran suara Nabila bertanyakan mengenai beg berkenaan. Turut ditanya adakah dalam beg itu ada duit dan kata-kata Jebat sangat ‘humble’ membuatkan ramai tak sangka

Berikut adalah rakaman Jebat Jayden sangat humble yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama fidermanjj:

Sponsored

Nabila bertanya kepada Jayden, beg ni ada duit ke. Anak kecil ini menjawab ada dan ditanya kembali, “awak orang kaya ke?”.

“Saya tak kaya sangat..Saya biasa je la..Kita orang biasa”, jawab Jebat Jayden dengan humble.

Sponsored

Perkongsian rakaman ini telah membuatkan ramai yang memuji sikap merendah diri Jebat ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Pandai dia..Kecik2 dah pandai merendah diri. Good boy Jayden”

“Baby pandai merendah diri..Mmm bijak betul”

“Dia belajar dari ibubapanya. Humble. Moga Jayden sentiasa humble sampai besar ye sayang”

“Hahaha comel betul, humble sampai besar tau Jayden”

SumberTikTok