Drama Projek: High Council yang ditayangkan di Astro kini menjadi ‘mangsa’ tayangan haram di Telegram. Disebabkan itu salah seorang pelakon drama ini, Naim Daniel luah kesal Projek: High Council ‘dilacurkan’ oleh individu tidak bertanggungjawab.
Naim Daniel berkongsikan luahan kesalnya itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam muat naik itu Naim Daniel berkongsikan satu tangkap layar dari satu aplikasi yang memaparkan siaran secara haram karya dibintanginya itu,
Berikut adalah muat naik Naim Daniel kesal Projek: High Council karya yang dibintanginya ditonton secara ‘haram’ menerusi akaun Instagram miliknya itu:
Antara yang diluahkan oleh pelakon dan penyanyi ini adalah dia sangat kesal apabila karya atas usaha keras seluruh produksi dan pelakon dengan mudah ditayangkan secara haram sebegini.
Naim Daniel turut mendedahkan pengkarya alami lebam dan luka satu badan malah ada yang hilang selera makan sepanjang menjayakan drama berkenaan.
Malah Naim Daniel sempat meninggalkan pesan kepada yang menonton secara haram karya berkenaan seperti berikut:
“Harap kepada tukang sebar, tukang tonton, tukang bayar, tukang beli SECARA HARAM. Selamat dan lenalah buat kalian, siang dan juga malam.- Ayam, 4 Jebat.
“Hargai seni, bukan rogol seni.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut selar perbuatan sebegini oleh individu tak bertanggungjawab. Berikut antaranya:
“Ni mesti kerja orang dalam juga ni kalau tak macam mana boleh lepas keluar”
“Abang dah tak boleh control dunia sekarang..media..internet era..dah tak macam dulu..Janji cerita viral..Produksi pun untung tak rugi”
“Yang tengok secara illegal kita jumpa kat akhirat eh”