Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas pendedahan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi yang mana terdapat seorang wanita yang didakwa menjadi punca pengolakan rumah tangganya. Walau bagaimanapun, terbaharu wanita tersebut menerusi laman media sosial tampil memberikan kenyataan.
Wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada itu dilihat membuat permohonan maaf secara terbuka. Menerusi Instagram, Athira Yuhada mengakui dia hanyalah insan yang lemah selain turut menyifatkan tindakannya itu tidak wajar.
“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya dengan hati terbuka memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar. Apa yang saya lakukan sangat mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya beberapa kali sejak sembilan tahun lalu, saya sedaya upaya cuba mengelak.”
Namun akhirnya perkara ini berlaku kerana mengetahui keadaan kesihatan mental yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa dilaluinya. Saya akui insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi ini.” Ujarnya dalam pemohonan maaf dikongsi Athira Yuhada yang mendapat perhatian ramai.
Perkongsian Athira Yuhada di media sosial miliknya itu bagaimanapun ditutup ruangan komen dan diakhir katanya, dia dengan rendah diri sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada dan dua anak pasangan berkenaan, Humairah dan Umar selain menegaskan perkara tersebut sudah lama berakhir.
Sekadar info, Hafidz Roshdi mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Humairah, 6, dan Umar, 3.