Nak Hantar Video Dekat Isteri, Haziq Hussni Gelabah Rossa Sahut Panggilan Sayang, “Tidur Luar Nampaknya”

Sponsored

Baru-baru ini, penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Rossa telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama media Malaysia. Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni yang turut menghadiri majlis yang sama dilihat memuat naik video bersama Rossa di Instagram.

Di dalam video yang dikongsikan itu, Haziq memanggil panggilan sayang yang ingin ditujukan kepada isterinya di rumah. Difahamkan, dia merakamkan video tersebut untuk dihantar kepada isterinya bagi berkongsikan momennya bersama penyanyi terkenal dari Indonesia ini.

Sponsored

Namun lain pula reaksi yang diberikan oleh Rossa di mana dia menyahut panggilan sayang yang dipanggil oleh Haziq sekaligus membuatkan penyampai radio itu panik mendengarnya. Malah kedua-dua mereka akhirnya tidak dapat menahan ketawa selepas insiden tersebut.

“Waduhh macam mana ni guys. Aku nak buat video kasi dekat Putri (isteri) cakap, ‘sayang, habi dengan teh oca’. Baru cakap sayang, Rossa yang jawab ‘ya’. Masakkkk. Aku dah dengar bunyi desir pasir di padang tandus ni.”

Sponsored

Di dalam perkongsian itu juga, Haziq berseloroh meluahkan rasa takut dengan reaksi isterinya susulan kejadian itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen berasa terhibur melihat situasi yang dialami Haziq ini sehinggakan dia panik untuk mengawalnya.

Dalam masa yang sama, netizen turut berseloroh meminta pengacara itu bersedia untuk tidur di luar rumah atau dimarahi oleh isterinya nanti. Tidak kurang juga yang mendoakan Haziq selamat di rumah dan bertanyakan sama ada dia memerlukan bantuan dari para suami di luar sana.

Sponsored

“Tidur luar nampaknya malam ni bang.”

“Ending kat rumah macam mana lah agaknya.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram