Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi kecil molek namun vokalnya cukup padu ini. Ernie Zakri adalah nama yang cukup tidak asing dalam industri hiburan tanah air.
Bakat nyanyian yang ada padanya bukan calang-calang dan membuatkan Ernie Zakri antara penyanyi dan guru vokal disegani dalam Malaysia.
Lagu baharu Ernie Zakri berjudul Ayuh hasil duet bersama Malique, Aman Ra dan Kmy Kmo ini nampaknya memberikan satu kelainan dalam rentak melodi biasa dibawakan penyanyi ini.
Manakan tidak dalam lagu Ayuh ini, Ernie Zakri buat ramai terkesima apabila dia menonjolkan sisi berbeza dengan turut menyanyi rap. Berikut adalah rakaman dengan paparan persembahan Ernie Zakri bersama rakan-rakan duetnya itu:
Persembahan Ernie Zakri ini buat ramai terkejut dan tak sangka yang dia boleh menyanyi rap. Cukup lancar pula tu! Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji bakat yang ada pada Ernie Zakri ini.
Malah ramai juga yang meramalkan lagu ini bakal hit dan boleh menjadi antara yang tercalon sebagai juara di Anugerah Juara Lagu.
“She got that attitude on stage! Slay!”
“Love teruk lah part Ernie Zakri rap ni”
“Macam ada aura2 nak boom lagu ni.. Road to AJL!”
“AJL juara nyaaaah. Mark my word! Go Ninie”
“Hebat Kak Ernie dah la vokal padu dan sedap pandai rap pula tu hebat Kak Ernie the best vokal Kak Ernie”
Untuk info, lagu Ayuh ini adalah Original Sound Track (OST) untuk filem Polis Evo 3 yang bakal menemui orang ramai tidak lama lagi. Malah lagu Ayuh ini turut boleh didengar di semua digital platform.