Ramai Tanya Kerja Kosong Lepas Tengok Video Orang Gaji Diberi Bonus RM30 Ribu Siap Merasa Naik Helikopter!

Sponsored

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video orang gaji diberi bonus RM30 ribu oleh seorang wanita. Dalam rakama itu terdapat tiga pembantu rumah lengkap berpakaian seragam menerima sampul duit raya.

Difahamkan setiap seorang dapat bonus RM10 ribu dan mereka turut diperkenalkan sebagai sebahagian ‘keluarga’ pemilik akaun TikTok dengan nama Farahwen.

Sponsored

Bukan sahaja orang gaji diberi bonus wang tunai, mereka turut diberikan kejutan dengan dibawa menaiki helikopter untuk ‘healing’ menurut wanita berkenaan.

Berikut adalah perkongsian rakaman pembantu rumah beruntung dapat majikan tidak berkira sebegini yang juga menjadi bualan hangat warganet:

Sponsored
@farahwen

Tengok sampai habis ya 🥺 Khas buat semua followers saya 200k. Thank you for following me. Rezeki untuk dikongsi bersama ❤️ #fyp

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Selain dari itu, ketiga-tiga pembantu rumah ini turut dibawa bercuti selama tiga hari dua malam dengan bermalam di suite khas buat mereka di sebuah resort. Memang padu weyh!

Meninjau di ruangan komen, ramai yang meninggalkan reaksi kagum dengan sikap pemurah ini dan bertapa untungnya jadi pembantu rumah wanita berkenaan.

Sponsored

Malah ada juga bertanyakan jika wanita ini memerlukan pembantu rumah lagi. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Boleh tak nak apply jadi maid jugak”

“Tak dak kerja kosong ka untuk technician tukar lampu ka tukar kipas ka tukar suis ka tukar soket ka…”

“Bestnya kalau dapat duit raya macam ni sebenarnya masalah settle”

“Saya boleh jadi pembantu rumah awak”